Mengapa PAS? (2)


kekerapan aku ke surau menyebabkan aku didekati oleh seorang senior yang mengajakku mengikuti diskusi-diskusi agama.
memasuki universiti merupakan langkah mematangkan pemikiranku. suatu ketika, di waktu sekolah, aku masih terikat dengan keluarga. tiba di KL, aku merasa bebas dari kongkongan. tidak menghairankan aku boleh merayap di sekitar kl, walaupun masih terkawal dari segi pergaulan.
lama kelamaan, diriku merasa puas dengan dunia itu. walaupun puas, di dalam diri terasa suatu kekosongan besar, vakum yang merasa diri ini tiada tujuan.
ajakan senior itu pada mulanya kusambut dengan rasa berat hati, terpaksa mengorbankan banyak masa untuk mengikuti diskusi-diskusi itu...
pun begitu, senior dan beberapa rakan-rakanku dalam kumpulan diskusi itu berjaya menimbulkan kesedaran dalam diriku. rasa vakum dalam diriku berjaya diisi dengan diskusi-diskusi tersebut menyebabkan aku menyedari hala tuju diriku yang sebenarnya.
bermula dengan aqidah, aku kembali menemui rentak mendalami ilmu-ilmu ukhrawi.
sedikit demi sedikit aku meninggalkan keterikatan dengan dunia sosial yang terlalu bebas itu.
dalam siri-siri diskusi itulah aku mengenali perjuangan Islam. aku diberi kekuatan untuk memberi komitmen untuk Islam. Malahan, aku sudah berjinak-jinak dengan aktiviti-aktiviti luar. akhirnya, pemikiran menjadi terbuka untuk mengenali lebih lanjut gerak kerja Islam yang lebih luas.
aku diperkenalkan dengan PAS sebagai salah satu wadah perjuangan. pun begitu, di dalam diri masih ada sedikit rasa prejudis kepada parti politik itu atas dasar sejarah hidupku.

bersambung...

0 comments:

Post a Comment