Mengapa PAS?

assalamualaikum wbt

sekian banyak jamaah Islam yang ada di Malaysia, tetapi kenapa PAS yang menjadi pilihan hati?
menyelusuri perjalaan mengenal jamaah Islam di Malaysia, gerak kerja Islam PAS paling menarik hati...

aku dilahirkan bukan dalam keluarga PAS. bahkan, ibu dan ayahku adalah penyokong kuat UMNO. pernah aku dimaki oleh ayahku apabila bertanya berkenaan dengan isu ulama'. ketika itu, ayahku berpendapat ulama' ini hanyalah dari segi bahasa sahaja. maksudnya orang berilmu, oleh itu semua orang pun boleh jadi ulama'. (sama macam hujah Dr Mahathir ketika itu).

Pun begitu, aku dididik dengan Islam sejak dari kecil lagi oleh ayahku terutamanya. kedua ayah dan ibuku adalah ahli ABIM dan kedua-duanya sangat komited dengan gerak kerja ABIM. bahkan, kedua-duanya menggalakkan anak-anaknya mengikut mereka dalam aktiviti ABIM. bolehlah dikatakan orang UMNO yang islamik.

aku diperkenalkan dengan ilmu jamaah sejak dari bangku sekolah lagi. pun begitu, hatiku tidak berminat dengan poitik, lantas menolak pendekatan PAS yang berdakwah melalui politik.(sungguh, aku amat memandang jelek orang-orang politik, masih teringat kata-kataku kepada sahabatku, POLITIK ITU KOTOR!). mungkin sebab itu, aku terasing sedikit daripada rakan-rakan yang sudah mulai komited dengan PAS sejak dari kecil lagi.




aku berkenalan dengan PAS setelah aku masuk universiti. seorang anak muda berasal dari daerah yang tidak lah begitu membangun datang ke kuala lumpur, ibu kota yang penuh dengan pelbagai ragam manusia. aku terkesima dengan pembangunan dan hubungan sosial yang cukup bebas. pada tahun pertama pengajian tinggi, aku terawang-awang dalam keadaan yang bebas sosial tanpa mengenal erti batas-batas. pun begitu, aku masih lagi komited ke surau, dan sesekali mendapat tazkirah daripada ibu dan ayahku. pun begitu, jiwa bebasku sukar dikawal. setiap hujung minggu, pasti aku akan berpeleseran di kota raya.

bersambung...

0 comments:

Post a Comment